Thursday, August 13, 2009

Al-Fatihah..

Hari ini alam menangis..
hari ini cahaya kelam suram..
hari ini tidak seceria hari-hari biasa..
Seorang pejuang Islam pergi tak kembali..
Allahyarham Ustaz Asri Bin Ibrahim..
Takkan ku dengar suaranya lagi..
hanya lagu-lagunya akan terus bergema mengajak manusia menuju ALLAH..
Sesungguhnya yang hidup pasti akan mati..
Innalillahi wainna ilaihiroji'un..
Bila pula saatku nanti?
Ya Allah Ramadhan bakal menjelma
Kau sampaikan kami kepadanya..
Allahumma ballighuna fi Ramadhan..

Banyaknye post...

Hehe..actually next week kne join BTN camp kat Sepang..
So, ni ana post artikel yg pernah aku tulis dulu.
Post banyak2..nnt mgu dpn xleh nk online..

sOLaT EfeKtiF..

Allahuakbar. .Allahuakbar! ...
Assolatikhoirummina nnaum...

Terdengar azan subuh berkumandang. Asyik.Syahdu. Di satu tempat,maka orang-orang yang beriman segera mengambil wudhu'.Seterusnya menunaikan solat.Mereka solat berjemaah.dan di tempat lain pula ada yang solat secara bersendirian. Namun niatnya satu.Mahu mengabdikan diri pada ALLAH TA'ALA.Selesai solat mereka maka bertebaranlah mereka di bumi Allah ini untuk menjalankan amanah Ilahi.
Di suatu tempat lain,mereka solat.Tetapi masih lagi melakukan kemungkaran. Masih tidak lagi menjaga hak-hak Allah.Mereka kufur nikmat,walaupun mereka tetap menunaikan solat.Yang nyata mereka belum faham apa itu SOLAT.

Solat.Apa itu Solat?Kita sering dengar orang berkata "Assolatu 'imaduddin"- "Solat itu tiang agama".Sejauh mana kita faham maksud tiang dalam agama?Solat itu merupakan tiang seri agama Islam.Jika tidak solat,maka dia akan meruntuhkan agamanya.Solat juga mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.Orang yang bersolat akan nampak seri cahaya keimanan pada wajahnya dan terlihat pada akhlak budi pekertinya.Tetapi tidak semua yang mencerminkan apa yang diperkatakan.
Solat tetapi masih dalam gelumang maksiat.
Solat tetapi masih lagi berbohong.
Solat tetapi masih lagi tidak menjaga aurat..
Solat tetapi masih lagi bergaul bebas.
Solat tetapi...

Bagaimana mahu solat kita efektif?Khusyu' .Pernah dengar perkataan khusyu'?Khusyu' dalam solat apabila terputus segala urusan dunia ketika solat..Bagaimana pula mahu khusyu'?Apabila kita faham segala maksud bacaan dalam solat. Dan menumpukan sepenuh perhatian pada semua rukun tidak kira rukun samada rukun qauli mahupun fi'li..

Jika kita baca kisah para sahabat Baginda SAW ,mereka solat amat khusyu'.Sehinggakan ada pedang yang tertusuk di salah satu anggota badannya(maaf x ingat..) , sahabat itu baru tersedar apabila selesai solat.Dan ketika Rasulullah mahu menyembuhkan salah seorang sahabtnya, baginda menunggu ketika sahabat itu solat kerana sahabat itu tidak akan sedar apa yang berlaku disekelilingnya ketika solat kerana KHUSYU'!!

Baru-baru ini,aku mengikuti satu bual bicara mengenai solat.Menurut Prof.Madya Dr.Fatimah Ibrahim daripada fakulti kejuruteraan, Universiti Malaya, setelah melakukan kajian orang yang melakukan solat dengan khusyu' lebih mempunyai hati yang tenang dan mempunyai respon yang positif berbanding orang yang tidak solat dengan khusyu' dan tergesa-gesa. Postur badan orang yang solat khusyu' lebih baik.Juga organ badan seperti ginjal dan buah pinggang tetap dalam kedudukan yang betul dan elok.

Nah...jom kita koreksi diri kita.Adakah solat kita telah khusyu'?Ada seorang sahabat di zaman Rasulullah bertanya bagaimana mahu khusyu'?Solatlah seperti kau melihat Allah,di belakangmu ada malaikat Izrail mahu mencabut nyawamu,di kananmu ada syurga dan di kirimu ada neraka.
Rasulullah SAW merupakan manusia yang maksum.namun masih menunaikan solat sehingga bengkak-bengkak pada kakinya.Bila ditanya,"Wahai kekasih Allah,kenapa kau masih lagi menunaikan solat sehingga bengkak kakimu?Walhal Allah telah menjanjikan engkau syurga." Jawab baginda: " Salahkah aku untuk aku mengucapkan rasa syukur terhadap segala nikmat kurniaan Allah Pencipta alam ini?"

21 july/ 4 pm

Saya Sedih lagi...

Kesedihan masih lagi menyelubungi hati ini..
Bagaimana agaknya anak Marwa apabila ibunya telah tiada manakala ayahnya dalam kondisi kritikal di wad hospital.Tidak dapat disanggah hati ini sebenarnya marah dan terasa atas apa yang berlaku.Pihak Yahudi dan sekutunya tidak habis-habis mahu menghapuskan Islam.Tiada rasa belas kasihan di hati mereka.Jika kita singkap kembali peristiwa 9/11..Adakah anda semua percaya itu semua angkara Muslim??Jika ya, maka amat salahlah anda kerana itu semua adalah konspirasi Yahudi yang telah dirancang sejak berpuluh tahun lalu.Bagaimana 2 bangunan yang begitu kukuh boleh runtuh hanya dengan hentaman kapal terbang yang dirampas.Selepas dikaji punca WTC runtuh BUKAN disebabkan oleh kapal terbang.Tetapi ada missile yang diletak di bawah perut kapal terbang tersebut yang menyebabkan letupan yang amat dasyat. Malah secara kebetulan( baca dirancang) ramai yahudi yang tidak bekerja pada hari tersebut.Kasihan. .ramai orang awam menjadi sasaran pada peristiwa itu.Mari kita ke negara saudara seIslam kita di Palestin.Bayangkan Malaysia diceroboh tanahnya oleh pihak yang kurang ajar,apa perasaan anda??Sudah tentu kita mahukan hak kita.Begitulah juga halnya bagi rakyat Palestin.Mereka mahu menuntut hak mereka.Suka- suka hati sahaja Yahudi Laknatullah ini mahu mengambil hak mereka.Tidak dengan itu mereka rasa membunuh rakyat Palestin itu akan mendapat pahala..huh. .what a nonsense!!!
Mengimbau dan menyingkap sirah junjungan Rasulullah SAW,terasa begitu indahnya akhlak Rasulullah SAW.Dalam peperangan antara wasiat kepada setiap general Islam supaya tidak memperapa-apakan wanita, anak-anak, dan orang tua yang tidak upaya, tidak pula mengganggu orang yang berada di rumah ibadat.Juga tidak memotong pokok mahupun meruntuhkan rumah orang sesuka hati.
Kisah Saidina Ali RA juga menyentuh hati ini, menggambarkan kesucian Islam di tengah medan perang apabila tidak memenggal kepala si kuffar. Apabila ditanya, Saidina Ali menjawab "aku takut memenggalmu kerana marah, bukan kerana Allah"Ketika Umar RA membuka Palestin,dia diajak menunaikan solat di gereja.Tetapi dia menolak,berkata kepada ketua gereja : "Aku risau jika aku menunaikan solat di dalam gereja mu ini, maka orang Islam akan menukar gerejamu ini kepada masjid"Salahuddin al-Ayubi,siapa tak kenal yang menawan semula kota Palestin tanpa membunuh orang dan merobohkan bangunan.Berbeza dengan puak kuffar kini yang semakin rakus meneguk darah umat Islam di Palestin tanpa sekelumit sifat perikemanusiaan.Tetapi manusia yang masih berhati busuk dan dendam kesumat masih lagi mahu menghancurkan umat Islam..
Cuba berharap dan berdoa agar Allah menyelamatkan umat Islam daripada segala fitnah akhir zaman.dan kita sebagai muslim perlu sentiasa menimba ilmu Allah untuk menolong menegakkan agama di zaman yang penuh cabaran ini.

0935 am/15 Julai 09
depan labtop usang..

Wednesday, August 12, 2009

Sang Mujahidah Jilbab

Assalamua'alaikum. .
Hari ini, pada subuh ini usai menunaikan solat subuh ,seperti biasa aku buka layar internet untuk mengikuti perkembangan dunia. Dari web ke web, dari blog ke blog aku kunjungi hinggalah hati ini amat tertarik dengan artikel satu web ini yang mendedahkan bagaimana seorang wanita muslim warga Mesir telah terbunuh (baca dibunuh)dalam kejadian yang amat menyayat hati di dalam mahkamah di German.
Semuanya bermula pada Ogos 2008,MARWA EL-SHERBINI telah diserang ketika sedang bersiar-siar di sebuah taman di German,si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur juga penyokong Pro Nazi German dan ditohmah sebagai "TERRORIST" dan "ISLAMIC WHORE" kerana beliau BERTUDUNG!!! dihadapan khalayak ramai.Kemudian Marwa menfailkan kes ini di mahkamah German pada Ogos tahun yang sama.Akhirnya Marwa eL-Sherbini menang dalam kes perbicaraan ini.Namun Allah Taala telah menganugerahkan kemenangan yang jauh lebih hebat apabila beliau menjadi mujahidah syuhada' setelah ditikam sebanyak 18 kali tikaman oleh Alex si manusia berhati syaitan di kamar mahkamah setelah mahkamah mengisytiharkan kemenangan ke atas Marwa el-Sherbini dan Alex W perlu membayar 2800 euros atas penganiyaan yang telah dilakukannya.Suami beliau meluru ke arah pembunuh untuk menyelamatkan isterinya namun keadaan sebaliknya berlaku.Pihak keselamatan mahkamah melepaskan tembakan ke arah suami beliau dengan alasan yang amat tidak munasabah!!- "Kami ingatkan suami Marwa adalah pembunuh itu.." Apakah ini??satu yang tak masuk akal! tak boleh nak diungkap oleh kata-kata..Malangnya Marwa ditikam ketika mengandung 3 bulan dihadapan suami dan anaknya yang masih kecil.
PERSOALANNYA. .Sebagai manusia yang ISLAM banyak persoalan2 yang masih belum terjawab..
1) Bagaimana pihak keselamatan mahkamah boleh membawa maksud orang ke dalam mahkamah dengan membawa sebilah pisau?
2) Kenapa begitu lembap yang amat sangat pihak keselamatan mahkamah apabila pembunuh tersebut boleh menikam sebanyak 18 tikaman??dan boleh pula menyangka suami Marwa adalah si pembunuh tersebut..
3) Mengapa pihak berkuasa German tidak menjatuhkan hukuman berat ke atas pembunuh tersebut malah pihak mahkamah cuba untuk merahsiakan kejadian ini.pihak media barat hanya sedikit sahaja yang melaporkan tentang berita ini itupun tidak menyeluruh.jika pihak yahudi dibunuh oleh orang Islam tentu sahaja gempar, semua mahu melaporkan kekejaman.
MARWA EL-SHERBINI (7 OKT 1977 - 1 JULAI 2009)
Marwa,32, seorang wanita warganegara Mesir merupakan isteri kepada seorang ahli akademik Mesir yang ditaja ke German.Lulusan sarjana dalam bidang farmasi pada tahun 2000 dan kemudian berkahwin dan berpindah ke German pada tahun 2005.Mereka pertama kali menetap di Bremen dan sejak tahun 2008 menetap di Dresden..
Resolusi
Dalam AL-Quran,Allah telah berfirman bermaksud :"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang- lenang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka."-al- Baqarah :120
Malah jika kita singkap kembali tabir sirah junjungan Nabi Muhammad,banyak kisah yang menceritakan kebencian puak yahudi terhadap ISLAM..Walaubagaimanapun Rasulullah SAW tetap adil melaksanakan tanggungjawabnya ketika menjadi Ketua Negara Islam Pertama Dunia-Madinah al-Munawwarah. .
Akhbar Mesir dan seluruh umat Islam dunia mengisytiharkan Marwa sebagai Syuhada'Syeikh Dr.Said Tantawi juga mendesak agar pihak bertanggungjawab German menjatuhkan hukuman berat ke atas pembunuh.seperti mana hadis Nabi Muhammad SAW yang mengatakan haram darah seorang muslim dibiarkan begitu sahaja...
Semoga Allah Taala merahmati keluarga Marwa el-Sherbini. .
14 julai 09

Tuesday, August 11, 2009

Blog makin usang..

Agak lama tak meng"update" blog aku ni..
ntah r..selalu je dpn laptop tp lebih suke cari bende lain..hehe
it's ok..aku akan update blog aku ni..but slowly..

Friday, April 17, 2009

TaLQiN uTk MeMoTiVaSiKaN DiRi..

Entah kenapa sejak akhir2 ni terasa diri x tenang..takut..memikirkan bermacam2 perkara..stp diri perlukan motivasi supaya x terus mengalah dgn stp ujian yg tiba.malah perlu muhasabh..koreksi diri adakah ilmu dan amal sudah cukup sblm pulang ke baitul akhirat..
Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan QidamTuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum.Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadrat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA
Wahai SAYA Bin IBU SAYA
Wahai SAYA Bin IBU SAYA
,Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takutJanganlah kamu berduka cita dan risau serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA,bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala.Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.Apabila mereka menyuruh kamu duduk,mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.Janganlah berasa gementar, janganlah cuak.Dan janganlah bergopoh-gapah.Biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:Allah Taala Tuhanku
Muhammad Nabiku
Islam agamaku
Kitab suci Al-Quran ikutanku
Baitullah itu kiblatku
Malahan solah lima waktu
Puasa di bulan Ramadhan
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku
Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudara aku.Bahkan dari masa hidup hingga aku mati Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu.Inilah dia suatu dugaan yang paling besar.Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh.Sehingga sampai satu masa kelak.Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya mati ini adalah benar.
Soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar.
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar.
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar.
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar.
Minum di kolam air Nabi adalah benar.
Ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya.
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah.Dan selamat tinggal kamu di sisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala.Menjinakkan hati kamu yang liar.Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan.Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izzati amma ya sifun wassalum alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “ Kullu nafsin za iqatul maut”.
Firman Allah SWT, “ Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’srDari Abdullah bin ‘Amr R.A,
Rasullullah SAW bersabda: “Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..”

Wednesday, April 8, 2009

AKHLAK ITU AGAMA..

"Abang,cepatla..adik dah lambat ni.." Entah kenapa aku tak senang duduk.Jarum jam hampir ke angka 4.Tak sabar rasanya nak balik kampung,jumpa emak dan ayah..Abang aku masih lagi rileks dengan gaya bersahajanya.."ish abang aku ni..dahle aku tak beli tiket lagi..kalau bas kul 5 mmg kene sampai malam la kt kg..naik bas ngan mat-mat indon..alamak..hbsla aku.."aku bermonolog sendirian.."rileks la dik,stesyen bas dekat je.." Akhirnya aku bertolak ke stesyen bas Ipoh 10 minit sebelum jam 4 petang.
"aih,lg 2 minit..ramainye orang.." Sampai di sana,aku lihat ramai yang sudah beratur membeli tiket.Memang sudah dijangka,aku terpaksa beli tiket jam 5 ptg."sabar je la..nak wat cmne..tiket dah habis.."aku bermonolog walaupun hati aku mula panas akibat sikap abangku yang terlalu slumber.."Dik,cmne?dpt x tiket kul 4?,"abangku bertanya."Dapat..tapi pukul 5..,"aku balas acuh tak acuh.."abis tu nak tunggu sini ke?"
"yela..tunggu mane lagi?nanti lambat lagi..xpela..adik tunggu kat sini je..lagipun ramai orang kat sini.pandai-pandaila adik jaga diri.."nadaku seolah-olah merajuk.."xkan merajuk kot..xpe la nanti kirim salam kat mak ngan ayah eh!bye..jage diri elok-elok.."
setelah abangku pulang,aku mencari tempat duduk.ade masa 1 jam lagi..alhamdulillah ada tempat duduk kosong..di sebelahku kiriku ada seorang gadis cina.dan di sebelah kananku seorang wanita india."aih..pe nk wat 1 jam ni..duk melangut la sorg2.."hatiku berbisik..tiba2 aku terdengar suara orang merintih.."tolong saya encik..bantu saya.."suara itu datangnya drpd lelaki cina yang sudah tua mengemis meminta sumbangan.."ciannya uncle ni..jadila bg skit pun.."aku menghulurkan sekeping duit kertas 1 ringgit.
x sampai 1 minit,bahuku ditepuk..aku kaget."u ni sgt baik la..bagi 1 ringgit maa.."aku menoleh ke kiriku..amoi ni rupenye.."eh xde la..kesian sy tengok uncle tu.."
dari situ la aku mengenali gadis cina itu bernama Joanne.
"sy pun ade bg tp x pernah la sampi 1 linggit maa.."
"xpela..kita perlu tolong orang susah.."
"u ni baik..jarang jumpe.."dia berbicara lagi sambil tersenyum..
"alahai amoi ni..puji lebih lak.."hatiku berbisik.."em..lebih baik aku sembang ngan amoi ni..xde la bosan tunggu bas.."
kami saling berkenalan..alhamdulillah,mungkin ada hikmah atas pertemuan aku dengan gadis cina ini.walaupun aku masih berpakaian menjaga aurat dgn tudung labuh,joanne mahu berkawan dgn aku.hinggakan dia bertanya sudi @ x aku menjadi kawannya..masyaAllah..tentu sekali aku mahu berkawan dgn sesiapa shj walaupun berlainan akidah.dan kami akan menuju ke destinasi yang sama.kami berbual panjang sehingga tidak sedar jam hampir 5 petang.
"u duduk no bpe?sy no 11.." "sy no 12..bagusla..bleh kite berbual panjang lagi.."aku tak sangka tempat duduk kami bersebelahan..
cuaca semakin mendung..akhirnya sang awan x dpt menahan,maka turunlah hujan membasahi bumi..bas kami bergerak tepat jam 5 petang ke teluk intan..
sahabat2 sume..kisah kat atas ni memeng btul2 terjadi..pengalamn hidup ana bersahabat dengan gadis cina berlainan agama.apa yang nak ana tekankan kat sini,akhlak yg sempurna perlu ade dlm diri setiap muslim mukmin..lihat saje la bagaimana si amoi tertarik dgn budi pekerti.bukan nak kata ana ni baik sgt tapi kalau kita tunjukkan akhlak islamiyah,insyaALLAH mereka akan tertarik dengan islam..
Rasulullah s.a.w merupakan sebaik-baik manusia dan merupakan qudwah hasanah bagi kita semua.Kisah seorang pemuda bertanya pd Rasulullah tntg Akhlak Islamiyah.Seorang pemuda bertanya kepada Rasulullah dari arah hadapan,apa itu akhlak? maka jawab baginda" akhlak itu agama.."pemuda itu bertanya lagi tapi dari arah kanan baginda,"apa itu akhlak? jwb baginda,"akhlak itu agama." kali ini pemuda itu bertanya semula dari arah kiri,"apa itu akhlak? maka jawab baginda," akhlak itu agama" pemuda tersebut masih tidak berpuas hati dan bertanya semula tetapi dari arah belakang baginda,"apa itu akhlak ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab,"akhlak itu agama..adakah kamu masih tidak faham??"Akhlak yg hasanah menunjukkan indahnya Islam..

1st post!!

Bismillahhirrahmanirrahim..
Salam ketemu..ini merupakan post ana yg pertama.ok..ana teruja sangat dpt wat blog ni..yela sementara de ms lapang,leh la nak share ilmu @ pengalaman hidup..ana msih baru dlm dunia blog ni..so sesiape kt luar sne tu leh la beri tunjuk ajar..syukran..:)