Allahuakbar. .Allahuakbar! ...
Assolatikhoirummina nnaum...
Terdengar azan subuh berkumandang. Asyik.Syahdu. Di satu tempat,maka orang-orang yang beriman segera mengambil wudhu'.Seterusnya menunaikan solat.Mereka solat berjemaah.dan di tempat lain pula ada yang solat secara bersendirian. Namun niatnya satu.Mahu mengabdikan diri pada ALLAH TA'ALA.Selesai solat mereka maka bertebaranlah mereka di bumi Allah ini untuk menjalankan amanah Ilahi.
Di suatu tempat lain,mereka solat.Tetapi masih lagi melakukan kemungkaran. Masih tidak lagi menjaga hak-hak Allah.Mereka kufur nikmat,walaupun mereka tetap menunaikan solat.Yang nyata mereka belum faham apa itu SOLAT.
Solat.Apa itu Solat?Kita sering dengar orang berkata "Assolatu 'imaduddin"- "Solat itu tiang agama".Sejauh mana kita faham maksud tiang dalam agama?Solat itu merupakan tiang seri agama Islam.Jika tidak solat,maka dia akan meruntuhkan agamanya.Solat juga mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.Orang yang bersolat akan nampak seri cahaya keimanan pada wajahnya dan terlihat pada akhlak budi pekertinya.Tetapi tidak semua yang mencerminkan apa yang diperkatakan.
Solat tetapi masih dalam gelumang maksiat.
Solat tetapi masih lagi berbohong.
Solat tetapi masih lagi tidak menjaga aurat..
Solat tetapi masih lagi bergaul bebas.
Solat tetapi...
Bagaimana mahu solat kita efektif?Khusyu' .Pernah dengar perkataan khusyu'?Khusyu' dalam solat apabila terputus segala urusan dunia ketika solat..Bagaimana pula mahu khusyu'?Apabila kita faham segala maksud bacaan dalam solat. Dan menumpukan sepenuh perhatian pada semua rukun tidak kira rukun samada rukun qauli mahupun fi'li..
Jika kita baca kisah para sahabat Baginda SAW ,mereka solat amat khusyu'.Sehinggakan ada pedang yang tertusuk di salah satu anggota badannya(maaf x ingat..) , sahabat itu baru tersedar apabila selesai solat.Dan ketika Rasulullah mahu menyembuhkan salah seorang sahabtnya, baginda menunggu ketika sahabat itu solat kerana sahabat itu tidak akan sedar apa yang berlaku disekelilingnya ketika solat kerana KHUSYU'!!
Baru-baru ini,aku mengikuti satu bual bicara mengenai solat.Menurut Prof.Madya Dr.Fatimah Ibrahim daripada fakulti kejuruteraan, Universiti Malaya, setelah melakukan kajian orang yang melakukan solat dengan khusyu' lebih mempunyai hati yang tenang dan mempunyai respon yang positif berbanding orang yang tidak solat dengan khusyu' dan tergesa-gesa. Postur badan orang yang solat khusyu' lebih baik.Juga organ badan seperti ginjal dan buah pinggang tetap dalam kedudukan yang betul dan elok.
Nah...jom kita koreksi diri kita.Adakah solat kita telah khusyu'?Ada seorang sahabat di zaman Rasulullah bertanya bagaimana mahu khusyu'?Solatlah seperti kau melihat Allah,di belakangmu ada malaikat Izrail mahu mencabut nyawamu,di kananmu ada syurga dan di kirimu ada neraka.
Rasulullah SAW merupakan manusia yang maksum.namun masih menunaikan solat sehingga bengkak-bengkak pada kakinya.Bila ditanya,"Wahai kekasih Allah,kenapa kau masih lagi menunaikan solat sehingga bengkak kakimu?Walhal Allah telah menjanjikan engkau syurga." Jawab baginda: " Salahkah aku untuk aku mengucapkan rasa syukur terhadap segala nikmat kurniaan Allah Pencipta alam ini?"
21 july/ 4 pm
No comments:
Post a Comment
cetusan rasa + idea..